TESTIMONI‎ > ‎

Pasangan Perak

posted Jun 11, 2012, 12:27 AM by Nikah Siam
Petikan email:

Assalamualaikum WBH.

 

Encik Raz, saya dan Isteri ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En kerana telah membantu kami serta menyelesaikan semua masalah yang kami hadapi selama ini iaitu hal perkahwinan kami baru2 ini pada XX Mei 20XX di Wilayah Songkhla Thailand.,  Selebihnya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.

 

Saya dan isteri amat berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh en kepada kami serta kami bersyukur kerana dipertemukan dengan encik serta berharap hubungan ini dapat diteruskan sebagai saudara seislam.

 

Disini saya ingin berkongsi pengalaman dengan encik, encik adalah orang terakhir saya hubungi sedangkan sebelum ini bermacam-macam orang yang saya temui yang menawarkan khidmat perkahwinan di Thailand tetapi apa yang amat menyedihkan ini lumrah hidup untuk mendapat habuan dunia manusia sanggup menjual agama.


Diantaranya apa yang dapat saya ceritakan dan kongsi bersama ialah.

 

a.      Golongan yang menawarkan pernikahan kepada pasangan dimalaysia tetapi mengeluarkan sijil nikah Thailand dan Juru Nikahnya orang Malaysia yang mengatakan Wali itu tidak penting dan pernikahan itu boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja jika si pengantin perempuan mewakilkan wali kepada juru nikah tersebut.

 

b.      Golongan yang menawarkan pernikahan disempadan iaitu didalam Malaysia dan mengeluarkan Sijil Nikah Thailand.

 

En, saya berasa amat bersyukur setelah menghubungi encik saya betul2 berasa amat berpuas hati dengan penjelasan encik berikan mengenai hukum syarak serta prosidur jika berkahwin diluar Negara mengikut peraturan  serta undang2 boleh didaftarkan di Malaysia.

 

Disini ingin saya jelaskan sekali lagi saya dan isteri amat berpuas hati dengan layanan encik kerana itulah pertama kali kami masuk ke Thailand, encik membantu kami dari Malaysia lagi itu lah yang kami amat terharu. Lebih-lebih lagi ketika kami disongkhla kami dapat merasakan seumpama berkahwin di Malaysia kerana cara encik menguruskannya, kami merasakan seumpama perkahwinan kami diuruskan oleh abang atau bapa sendiri di Malaysia.

 

Oleh itu jika encik datang ke XXXXXX hubungilah kami. Jasa-jasa encik kepada kami, kami akan kenang hingga keakhir hayat. Kami akan sentiasa akan mendoakan kesejahteraan dan kebahagian encik sekeluarga kami pun berharap encik akan mendoakan kami juga

 

Sekian terima kasih

 

Wasalam


***nama dirahsiakan***



NOTA: Pasangan ini telah menemui TUJUH ejen pernikahan sebelum mereka menemui Pesona Consult.  Mereka terus melantik kami setelah hanya 20min berbual melalui telefon.  Segala urusan berjalan lancar dan mereka hidup bahagia sekarang. Alhamdulillah!



* bahagian yang kami tandakan XXX adalah maklumat yang dirahsiakan agar identiti pasangan tidak didedahkan.

Comments