TEMPAHAN‎ > ‎

Prosedur & Proses

Prosedur kami amat teratur dan mudah.  Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu lakukan:

3 LANGKAH AWAL

Langkah 1
Hubungi kami melauli email info@pesonaconsult.com atau telefon / sms : 016 350 7792

Langkah 1A
Kami akan menghubungi anda kembali melalui email atau telefon.  Kami akan menanya soalan ringkas yang hanya bertujuan untuk menentukan bahawa anda memenuhi tuntutan syarak.  Sebagai contoh status anda dan pasangan dan juga tempat tinggal wali perempuan yang bakal bernikah, serta tarikh anda ingin bernikah.

Langkah 2
Hubungi kami semula dengan maklumat yang kami minta.  Anda juga boleh memilih pakej yang anda perlukan.  Anda juga perlu memaklumkan cara bayaran sama ada tunai, kad kredit atau PayPal.

Langkah 2A
Kami akan menghubungi anda beserta pengesahan tarikh, cara pembayaran dan semua maklumat yang anda perlukan.

Langkah 3
Pembayaran deposit secara tunai, kad kredit ataupun PayPal.

Langkah 3A
Pengesahan pembayaran dan kami akan membuat persediaan secukupnya untuk perjalanan anda.




HARI PERTAMA

Langkah 4
Hadir bersama pasangan di Bukit Kayu Hitam/ Lapangan terbang Lapangan Terbang Hat Yai beserta dokumen lengkap kesemua pihak.  Untuk maklumat lanjut sila klik di SINI.


Langkah 4A
Kami menemui anda di sempadan Thailand/Bukit Kayu Hitam ataupun Hatyai.  Buat bayaran penuh secara tunai atau kad kredit/Paypal.  Bagi yang masuk melalui jalan udara dan serta menggunakan kad kredit, pembayaran penuh hendaklah dilakukan SEBELUM tarikh bernikah.  Pembayaran tunai boleh dilakukan semasa kami menjemput anda.

Langkah 5
Kami akan membawa anda ke Majlis Agama Islam Songkhla.  Pegawai/Kadhi yang bertaulliah akan menemuduga anda secara ringkas.  Setelah berpuas hati, pernikahan akan dijalankan oleh Kadhi yang bertauliah dan disaksikan oleh pegawai lain.  Setelah bernikah, kami menguruskan sijil nikah serta segala dokumen yang penting yang anda perlukan untuk pendaftaran di Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla.  Keseluruhan proses dari memulakan perjalanan sehingga anda meninggalkan Majlis Agama Islam Songkhla dianggarkan di antara 1 hingga 2 jam.

Langkah 6
Kami akan membawa anda ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla untuk proses pendaftaran.  Keseluruhan proses dianggarkan di antara 1 sehingga 2 jam (dari masa meninggalkan pejabat Majlis Agama Islam Songkhla ).

[Makan tengah hari di restoran Islam, dan check-in ke hotel di Hat Yai, Songkhla atau pun Sadao.  Pada waktu malam, kami akan menjemput anda untuk makan malam di restoran Islam yang berdekatan]

HARI KEDUA

Langkah 7
Sarapan Pagi dan kemudian kembali ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla untuk mengambil Surat Pengesahan dan segala dokumen yang diperlukan.  Kami kemudian akan menghantar anda semula ke Sempadan/Lapangan Terbang Hat Yai. 


* Warna Merah Jambu adalah tindakan anda dan Warna Biru adalah tindakan kami.

SILA PASTIKAN ANDA MEMBAWA DOKUMEN YANG LENGKAP.  SILA LIHAT DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

RINGKASAN


Tempoh perjalanan ke Songkhla :                                                        1-2 jam
Tempoh Proses Pernikahan di Pejabat Majlis Agama Islam :               1-1.5 jam
Tempoh Perjalanan dari MAIS ke Konsul Jeneral Malaysia :               30 minit
Proses Pendaftaran di Konsul Jeneral Malaysia :                                30minit - 1 Jam
Tempoh memproses pemohonan dan mendapat surat pengesahan :  satu hari*

*anda perlu bermalam kerana Konsul Jeneral Malaysia hanya akan mengeluarkan surat pengesahan setelah satu hari bekerja, (the next business day).  Mereka perlu menyiasat dan mendapatkan pengesahan dari Majlis agama Islam Songkhla.



Hari Operasi

Majlis Agama Islam Songkhla :  Ahad sehingga Jumaat.  Tutup pada hari Sabtu dan cuti umum.

Pejabat Konsul Malaysia Songkhla : Isnin sehingga Jumaat. Tutup pada hari Sabtu dan Ahad.

Khidmat Pesona Consult : Isnin sehingga Jumaat. Tutup pada hari Sabtu dan Ahad kecuali terdapat kes khusus.


Comments