TEMPAHAN‎ > ‎

Keperluan Lain Yang Perlu Anda Bawa

Sila bawa barangan berikut sebagai keperluan anda:

  • MAHAR/MAS KAHWIN - terpulang kepada anda nilai mas kahwin yang hendak diberikan kepada bakal isteri.
  • Ubat-ubatan - jika anda mempunyai penyakit, sila bawa bekalan ubat-ubatan anda yang mencukupi.
  • Cermin mata / contact lense - jika anda bercermin mata, sila bawa cermin mata spare atau contact lense.  Jika cermin mata anda terjatuh dan patah ataupun anda tertinggal di mana-mana, ini akan merosakkan mood/program anda di Thailand.
  • Pakaian - Sila pakai pakaian yang menutup aurat dan sopan ketika bernikah. Sila bawa pakaian yang mencukupi untuk dua hari satu malam.
  • Kamera - bawa kamera anda untuk mengabadikan detik-detik indah bersama orang yang tersayang, selain dari sewaktu pernikahan (yang mana gambar dan video akan kami sediakan)
  • Wang belanja - jika anda bercadang untuk membeli-belah, sila bawa wang lebih dalam bentuk Thai Bath.  Selain dari "shopping", segala keperluan lain telah termasuk di dalam pakej anda.
  • Kad Kecemasan - sila tuliskan di atas sekeping kertas butiran orang atau nombor yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan.  Tulis dalam bahasa Inggeris dengan tajuk "In case of emergency, Please contact".  Simpan didalam beg duit anda. Walaupun ramai yang masuk ke sana secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga, ini hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku apa-apa, memandangkan anda berada di luar negara.



JANGAN BAWA APA-APA DARI YANG BERIKUT:

  • Sebarang jenis dadah atau kanabis
  • Senjata api (walaupun ada mempunyai lesen, kecuali lesen anda juga sah di Thailand)
  • Bahan pornografi
  • Bahan yang mengandungi perihal politik Thailand
  • Sebarang benda/bahan yang menyalahi undang-undang Malaysia dan Thailand.

Comments