RAMPAIAN‎ > ‎

Tahukah Anda?

Tahukah anda bahawa.....


  • Beberapa ribu pasangan dari Malaysia bernikah di Selatan Thailand setiap tahun.
  • Lokasi utama pernikahan adalah di wilayah Songkhla, Narathiwat, Yala & Patanni.
  • Wilayah-wilayah di Selatan Thailand mempunyai umat Islam yang ramai dan mereka bermazhab Shafie.
  • Setiap Wilayah mempunyai Majlis Agama Islam yang diuruskan secara professional dan menepati hukum syarak.
  • Majlis Agama Islam Songkhla mempunyai undang-undang yang tegas berkaitan pernikahan dan mempunyai sistem yang teratur.
  • Songkhla merupakan wilayah yang paling aman dan bebas dari pergaduhan dan kes-kes pengeboman yang kita sering lihat di kaca TV.
  • Pernikahan di Selatan Thailand menepati hukum syarak dan SAH disisi agama Islam.
  • Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengakui pernikahan di Selatan Thailand sebagai SAH selagi ia menepati hukum syarak.
  • Jabatan-jabatan Agama Islam seluruh Malaysia mesti mendaftarkan pernikahan yang telah terbukti yang dilakukan secara sah oleh Majlis-majlis Agama Islam Thailand.
  • Bernikah di Selatan Thailand BUKAN satu kesalahan undang-undang di Malaysia.  Yang menjadi kesalahan ialah :
    • Bernikah di luar kawasan/luar negara tanpa kebenaran.
    • Berpoligami tanpa kebenaran
    • Beberapa kesalahan lain yang tidak menjejaskan status pernikahan.
  • Banyak sindiket pernikahan palsu beroperasi di Malaysia dan Selatan Thailand.  Ramai yang terpedaya terutamanya bagi yang cetek ilmu agama.  RAMAI YANG TIDAK TAHU cara untuk bernikah secara sah di Selatan Thailand.
  • Wali Hakim/Wali Raja MESTILAH mereka yang telah dilantik secara sah oleh penguasa di tempat mereka.  Wali Hakim/Wali Raja TIDAK BOLEH menjadi wali di luar kawasan/wilayah mereka ditauliahkan.  Sebagai contoh Kadhi dari Songkhla TIDAK BOLEH menikahkan pasangan di Padang besar (belah Malaysia) ataupun Yala ataupun Bangkok, kerana kawasan itu telah pun berada di luar bidang kuasa mereka.
  • Mereka yang telah 'bernikah' secara tidak sah/sindiket, tidak mustahil dikategorikan sebagai berzina dengan pasangan mereka. 
Comments