RAMPAIAN‎ > ‎

Sebab Biasa Pasangan Bernikah di Thailand

Setiap pasangan yang memilih untuk bernikah di Thailand mempunyai sebab-sebab yang tersendiri.  Berikut adalah antara sebab-sebab yang biasa kami temui mengapa pernikahan di Thailand dilakukan.

Wali enggan - wali tidak mahu menerima lelaki tersebut sebagai menantu, walhal tiada sebab disisi syarak yang lelaki tersebut tidak layak bernikah dengan pasangannya.  Antara faktor yang biasa ialah rupa paras, taraf ekonomi, status "suami orang" dan pelbagai sebab lain lagi.

Berpoligami - samada pihak lelaki tidak memohon dari mahkamah syariah ataupun kerana pihak perempuan tidak bersetuju.  Ada juga lelaki yang "belum bersedia" memberitahu isteri pertamanya.  Dan terdapat banyak lagi sebab musabab di dalam kategori ini.

Hantaran - ada pihak wanita yang meminta hantaran terlalu tinggi. RM30,000 misalnya, walhal gaji si lelaki cumalah RM2,000 sebulan.  Oleh kerana hantaran tersebut tidak dapat disediakan, pihak wanita tidak mahu menikahkan anak mereka.

Bangsa & Agama - ada pasangan yang salah seorang baru memeluk Islam dan mendapat tentangan keluarga,

Tentera/Polis - mereka tidak mendapat kebenaran untuk bernikah dari pegawai atasan.  Ada juga yang berpoligami secara senyap-senyap.

Terlanjur - ada pasangan yang terlanjur sama ada hamil ataupun tidak.  Mereka tidak mahu terus menerus bergelumang dengan dosa dan memilih untuk bernikah.  Walaubagaimanapun, wanita yang telah hamil sebelum bernikah, perlu tahu bahawa anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada suaminya.

Tentangan anak-anak/ahli keluarga lain  - anak/saudara kepada wanita atau lelaki yang janda/balu/dua tidak mahu menerima orang baru.


Terdapat banyak lagi sebab-sebab mengapa pasangan memilih untuk bernikah di Thailand. Sama ada yang tersebut di atas, ataupun mana-mana kombinasi di atas ataupun sebab musabab yang lain, mereka telah memilih jalan yang diredhai ALLAH yakni bernikah dengan sah.

Kami tidak layak menjadi kaunselor untuk permasaalahan anda. Akan tapi kami sedia berkongsi pengalaman dan pengetahuan agar sama-sama kita dapat mencari jalan penyelesaian dengan rahmat ALLAH SWT. Insyaallah!



Comments