PROMOSI‎ > ‎

FAQ (Berkaitan Pakej Promosi)

Adakah Harga Promosi ini benar atau sekadar gimik?
Harga promosi ini adalah BENAR seperti yang dinyatakan.  Tiada tambahan satu sen pun dikenakan asalkan anda tiada permintaan tambahan.

Pakej ini murah. Proses tak lengkap ke?
Proses nikah dan pendaaftaran nikah di Selatan Thailand dalam waktu promosi ini adalah 100% menurut syarak dan LENGKAP!

Mengapa Pesona Consult buat promosi?
Kami sentiasa mencari jalan terbaik untuk membantu anda bernikah dengan kos yang rendah.

Apa faedah yang Pesona Consult dapat?
Kami mendapat kepuasan hati melalui kepuasan anda.  Urusan kami juga menjadi mudah dengan memudahkan urusan anda.

Kalau dah murah sangat Hotel pun jadi hotel murah ke?
TIDAK! kami masih menempatkan anda di hotel yang baik dan selesa. Jenis dan kelas Hotel adalah sama dengan pakej biasa.

Kalau begitu bagaimana boleh murah sangat? Berbeza betul ni dengan harga pakej biasa.
Harga menjadi murah dengan:
  • Perancangan awal - kami mendapaat diskaun tertentu untuk penginapan dan sebagainya dengan tempahan awal.  Diskaun ini di salurkan kembali kepada anda untuk faedah anda.
  • Anda Putuskan - anda putuskan untuk makan minum anda dan anda boleh memilih dari pelbagai kedai makan halal di sekitar hotel anda. Murah sahaja. Anda juga putuskan insuran perjalanan anda sendiri. Pakej biasa kami adalah pakej yang agak mewah.  Maka anda putuskan sendiri tahap kemewahan anda.   Dengan adanya pakej promosi ini anda boleh menjimatkan wang anda. 

Adakah kami akan nikah beramai-ramai?
TIDAK!  Kami mempunyai had pasangan yang boleh kami bawa.  Kami MESTI berusaha menjamin keselesaan dan privasi anda.  Dengan sebab inilah kami utamakan "siapa cepat dia yang dapat".

Kalau saya lambat booking bagaimana pula?
Jika lambat booking selepas tarikh tempahan tamat, kami akan terima selagi ada kekosongan.
Jika lambat booking selepas tempat sudah penuh, kami terpaksa menguruskan anda pada hari yang lain pada harga bukan promosi.

Apakah harga pakej Pesona Consult ini tetap?
Harga promosi adalah tetap dan tidak boleh diberikan potongan melainkan bagi yang booking awal.
Harga pakej biasa pula masih boleh dirunding berdasarkan keperluan anda.

Mesti bayar deposit?
Ya, deposit RM300 mesti dijelaskan melalui bank transfer, paypal ataupun kad kredit.  Ini untuk mengesahkan booking anda.

Jika saya batalkan tempahan setelah membayar deposit?
Deposit anda tidak akan dikembalikan kerana kami telah menggunakan sebahagian daripadanya untuk membuat persiapan dan tempahan untuk anda di Songkhla.  Walaubagaimanapun, anda masih boleh berunding dengan kami untuk menunda majlis anda pada hari yang lain pada harga yang akan dipersetujui kemudian.

Jika saya booking tanpa deposit?
Booking tanpa deposit tidak dijamin ada kekosongan.

Berapa kerap promosi ini diadakan?
Tidak tentu.  Kami mengadakan promosi menurut keadaan semasa.

Kalau saya ada pertanyaan lain?
email sahaja ke info@pesonaconsult.com  . Sebarang pertanyaan AKAN kami layan.


KEMBALI KE LAMAN PROMOSI

KEMBALI KE LAMAN UTAMA


Comments