PENGUMUMAN‎ > ‎

Tempahan Hampir Penuh (Ramadhan dan selepas Hari Raya)

posted Jun 13, 2012, 10:25 PM by Nikah Siam
Assalamualaikum,

Kami amat berbesar hati dan bersyukur kepada Allah SWT di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.  Semakin hari semakin ramai yang yakin dan berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Seperti kebiasaannya, bulan ramadhan adalah antara bulan yang paling sibuk dengan urusan nikah.  Begitu juga dengan bulan Syawal. Ramai yang telah menempah tarikh dari awal.

Adalah menjadi polisi kami untuk mengutamakan mutu perkhidmatan dan keselesaan anda, pelanggan yang amat kami hargai.  Maka dengan itu kami tidak mengambil tempahan melebihi kapasiti kami agar segalanya berjalan lancar, InsyaAllah.

Buat masa ini, masih terdapat kekosongan.  Jika anda merancang untuk bernikah, tempahlah segera.  Kami mendahulukan siapa yang telah menempah dahulu.  Tempat adalah terhad.

Sekali lagi, kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan anda.

Kami akan lakukan yang terbaik untuk anda.  Semoga kita sama-sama mendapat redha Allah SWT di dunia hingga ke akhirat, InsyaAllah.


Comments