PENGUMUMAN

Tempahan Hampir Penuh (Ramadhan dan selepas Hari Raya)

posted Jun 13, 2012, 10:25 PM by Nikah Siam

Assalamualaikum,

Kami amat berbesar hati dan bersyukur kepada Allah SWT di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.  Semakin hari semakin ramai yang yakin dan berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Seperti kebiasaannya, bulan ramadhan adalah antara bulan yang paling sibuk dengan urusan nikah.  Begitu juga dengan bulan Syawal. Ramai yang telah menempah tarikh dari awal.

Adalah menjadi polisi kami untuk mengutamakan mutu perkhidmatan dan keselesaan anda, pelanggan yang amat kami hargai.  Maka dengan itu kami tidak mengambil tempahan melebihi kapasiti kami agar segalanya berjalan lancar, InsyaAllah.

Buat masa ini, masih terdapat kekosongan.  Jika anda merancang untuk bernikah, tempahlah segera.  Kami mendahulukan siapa yang telah menempah dahulu.  Tempat adalah terhad.

Sekali lagi, kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan anda.

Kami akan lakukan yang terbaik untuk anda.  Semoga kita sama-sama mendapat redha Allah SWT di dunia hingga ke akhirat, InsyaAllah.


JANGAN BUAT YANG BERIKUT!!!

posted Jun 10, 2012, 11:32 PM by Nikah Siam

Kami sering mendapat aduan mengenai mereka yang telah bernikah melalui sindiket pernikahan palsu.  Hasil siasatan dan pemeriksaan kami, kami dapati pernikahan mereka adalah TIDAK SAH!  Maka kami merayu anda JANGAN SEKALI-KALI menggunakan khidmat sindiket nikah palsu ini.

Antara ciri-ciri mereka ialah:

  1. Pernikahan dilakukan di dalam Malaysia (tidak melalui prosedur biasa), oleh jurunikah Malaysia dan mereka memberikan anda sijil nikah Malaysia.
  2. Pernikahan dilakukan di dalam Malaysia (tidak melalui prosedur biasa), oleh jurunikah Malaysia dan mereka memberikan anda sijil nikah Thailand.
  3. Pernikahan dilakukan di dalam Malaysia (tidak melalui prosedur biasa), oleh jurunikah Thailand dan mereka memberikan anda sijil nikah Thailand.
  4. Pernikahan dilakukan di dalam Thailand (dan BUKAN di Pejabat Agama Islam), oleh jurunikah Thailand dan mereka memberikan anda sijil nikah Thailand.
  5. Memohon bayaran "duit kopi" untuk urusan Konsulat.
  6. TIDAK membenarkan gambar diambil semasa bernikah.
  7. Menggunakan Wali Tahkim. (Ini berbeza dengan Wali Hakim/Wali Raja/Wali Am).
  8. Banyak lagi perkara yang diragui.
Maka JAUHILAH SINDIKET TERSEBUT dan gunakanlah khidmat perunding pernikahan yang betul.

Akibat yang paling berat jika bernikah melalui sindiket pernikahan palsu ialah pernikahan anda mungkin tidak sah! Akhirnya anda hanya akan berzina dan anak yang lahir adalah anak-anak zina.  


Nauzubillah!

Pendaftaran Pernikahan Di Malaysia

posted Sep 30, 2011, 12:39 AM by Nikah Siam   [ updated Jan 17, 2012, 8:19 PM ]

Ramai yang tak tahu bagaimana cara nak daftar nikah di Malaysia. 

Dengan itu kami juga menawarkan perkhidmatan untuk mendaftarkan nikah anda di Malaysia.  Prosesnya amat simple dan tidaklah menyusahkan.    Tak perlu berbelanja besar dan TAK PERLU BAYAR "DUIT KOPI". 

Ya benar!!!, segala-galanya boleh dilakukan mengikut prosedur.  Jangan biarkan diri anda ditipu sindiket pernikahan palsu.  Hubungi kami dan layari LAMAN WEB KAMI untuk maklumat lanjut!

posted Aug 22, 2011, 12:36 PM by Nikah Siam   [ updated Mar 4, 2012, 8:19 PM ]


CUTI Hujung Ramadhan - Awal Syawal 1432 H

posted Jul 21, 2011, 11:56 AM by Nikah Siam   [ updated Aug 6, 2011, 12:50 PM ]

Pesona Consult tidak menguruskan pernikahan di Thailand dari 26 Ramadhan sehingga 7 Syawal 1432H.  

Walaubagaimanapun, kami masih berhubung dengan pelanggan sepanjang tempoh tersebut. 
Harap maklum.


Untuk sebarang pertanyaan/tempahan sila hubungi kami di


Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan:
 
Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak 
dan 
Selamat Hari Raya Aldilfitri.

1-5 of 5