CORETAN

Ruangan ini adalah ruangan di mana kami mencurahkan apa yang kami fikirkan, kisah-kisah yang kami lalui ataupun interaksi kami dengan pelanggan/bakal pelanggan.  Tiada nama akan disebutkan. Tiada tarikh akan diberikan.  Cuma kisah dan komunikasi am..

Mangsa Kerja Gila! Mangsa Nikah Palsu!

posted Jun 11, 2012, 12:05 AM by Nikah Siam   [ updated Jun 11, 2012, 10:13 PM ]

Alhamdulillah! 

Baru-baru ini kami berjaya menyelamatkan seorang wanita dari kesengsaraan akibat ditipu bulat-bulat oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Kisah bermula beberapa tahun yang lalu apabila seorang wanita, Lisa (bukan nama sebenar), telah bernikah dengan cara sindiket pernikahan palsu di Kelantan.  Mereka telah membayar sebanyak RM7,000 untuk urusan nikah tersebut.

Pernikahan telah dijalankan oleh seorang lelaki di dalam negeri Kelantan dan Surat Nikah Narathiwat dikeluarkan kepada mereka.

Lisa merupakan isteri kedua.  Setelah beberapa minggu kembali ke Malaysia, maka suaminya mula menjauhkan diri.  Makin lama semakin tidak dapat dihubungi dan akhirnya terus terputus hubungan.  Lisa sedih dan kecewa digantung tidak bertali.

Suatu hari Lisa terbaca artikel KENALI SINDIKET PERNIKAHAN PALSU di laman web Pesona Consult.  Lisa menghubungi kami dan kami terus berjumpa dengan beliau di Kuala Lumpur.  Dari kisah dan perbincangan awal, kami dapati bahawa dia telah tertipu dengan sindiket palsu tersebut dan "suami" beliau telahpun lepas tangan dari apa-apa tanggungjawab.

Kesimpulan dibuat untuk menyelesaikan perkara ini secara rasmi.

Kami telah bertolak ke Narathiwat dari Pekan Danok (sempadan Bukit Kayu Hitam) pada waktu pagi Jumaat yang lepas.  Perjalanan kami amat mencabar.  Sepanjang perjalanan kami telah melalui berpuluh-puluh sekatan jalan yang dikawal oleh tentera Thailand.  Di setiap sekatan, rifel otomatik dan mesingun besar diacukan ke kenderaan kami, sebagai langkah berjaga-jaga oleh Tentera Thai.  Suasana amat menakutkan. Apatah lagi kami diberitahu, hanya selang dua hari sebelum itu satu pertempuran berlaku betul-betul di mana kami lalu dan  mengorbankan beberapa orang rakyat dan tentera Thai.  Wilayah Patani, Yala dan Narathiwat tidak tenang seperti Songkhla.  Memandangkan kami amat biasa dengan ketenteraman di Songkhla, maka pengalaman ke Narathiwat amatlah mendebarkan dan menakutkan.

Dengan niat benar-benar ingin membantu Lisa, kami meneruskan perjalanan dengan hati yang berserah sepenuhnya kepada ALLAH SWT.

Akhirnya, setelah hampir empat jam perjalanan, kami sampai ke Pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat.  Di sana, Kadhi Besar/Pendaftar Nikah Narathiwat menunggu kami di hadapan bangunan tersebut.

Aduan dibuat.  Fail pernikahan dikeluarkan.  Gambar-gambar kadhi bertauliah di tunjukkan untuk pengecaman.

Akhirnya Lisa mendapati bahawa orang yang menikahkan beliau BUKANLAH seorang kadhi yang bertauliah bahkan cuma seorang yang MENYAMAR menggunakan identiti kadhi yang sebenar, sewaktu mereka bernikah di Kelantan.  Gambar Kadhi sebenar dan si penyamar amatah berbeza!

KESIMPULANNYA:  Pernikahan itu tidak sah kerana mereka bernikah di Kelantan, diluar kawasan tauliah kadhi tersebut. Tambahan pula, bukan kadhi sebenar yang menikahkan beliau, tetapi kadhi palsu yang menyamar.

TINDAKAN YANG DIAMBIL:  Majlis Agama Islam Narathiwat mengeluarkan satu keterangan rasmi tentang status pernikahan Lisa yakni nikah tersebut TIDAK SAH dan BATAL.

Kami meneruskan perjalanan balik ke Danok dan sekali lagi melalui perjalanan yang mendebarkan tersebut.

Lisa kini bebas dari kehidupan yang sengsara, tanpa mengetahui status pernikahan beliau yang sebenar sebelum ini dan Lisa bebas meneruskan kehidupan dan bernikah secara sah dengan lelaki yang benar-benar mencintai beliau, InsyaAllah!

Kami amat berasa lega, usaha kami, dengan IZIN ALLAH, telah membantu seorang wanita yang teraniaya dan dapat kembali ke kehidupan yang baik... Alhamdulillah.

"Satu perbincangan ringkas telah dibuat dengan Majlis Agama Islam Narathiwat.  Memandangkan perjalanan ke Narathiwat amatlah merbahaya dan berisiko tinggi, maka selepas ini, mana-mana pasangan yang perlu mendapatkan penjelasan status pernikahan mereka (jika tertipu dengan sindiket) bolehlah melakukannya melalui Pesona Consult.  Majlis Agama Islam Narathiwat akan menghantar pegawai yang boleh membantu, ke negeri Kelantan, untuk perbincangan dan aduan"

Jika anda merasa tertipu dengan sindiket, dan tidak pasti akan status pernikahan anda yang sebenar, maka, sila hubungi kami untuk urusan pengesahan.  InsyaAllah kami sedia membantu.


NOTA: Kami TIDAK membawa pasangan untuk bernikah di Narathiwat kerana perjalanan yang merbahaya dan jauh.   Kali ini kami ke Narathiwat untuk kes khas sahaja.  

Pasangan yang ingin bernikah kami hanya bawa ke Majlis Agama Islam Songkhla.  Perjalanan yang selesa dan selamat, InsyaAllah.


Selamat!

posted Jan 17, 2012, 8:15 PM by Nikah Siam   [ updated Jan 17, 2012, 8:15 PM ]

Alhamdulillah!

Dalam seminggu dua ini sahaja kami telah berjaya menyelamatkan tiga pasangan yang hampir-hampir tertipu dengan sindiket pernikahan palsu.  Setelah kami menerangkan dari A-Z tentang perbezaan sindiket palsu dan khidmat yang tulen, barulah mereka faham.  Insyaallah pasangan-pasangan ini bakal bernikah sikit hari lagi.

MERBAHAYA betul taktik licik sindiket palsu ni. Entah berapa ramai pasangan yang dah "nikah" tapi sebenarnya BERZINA!  Nauzubillahiminzalik!  Semoga anda semua terselamat dari keburukan ini.

Jika ada yang tidak faham, jika ada soalan, hubungi sahaja kami.  Kami sedia menjawab sebarang pertanyaan yang berkaitan. email kami hari ini di info@pesonaconsult.com   .


TAK BERTANGGUNGJAWAB!

posted Sep 21, 2011, 9:58 AM by Nikah Siam   [ updated Sep 21, 2011, 7:17 PM ]

Terdapat beberapa iklan ejen nikah siam yang mengatakan bahawa 70% pernikahan di Songkhla tidak sah.  Sungguh TIDAK BERTANGGUNGJAWAB mereka itu, membuat kenyataan seperti berikut.

Walhal Songhkla adalah satu-satunya wilayah di dalam Thailand yang MEWAJIBKAN pasangan hadir di Pejabat Agama Islam untuk urusan pernikahan.  Semua pasangan akan dikendalikan oleh kadhi yang BERTAULIAH DI PEJABAT AGAMA.  Bukankah mereka lebih arif tentang hukum-hukum Islam?  Dan prosedur mereka LEBIH TERATUR serta Lengkap!

Mengapa ejen2 wilayah lain membusukkan urusan di Songkhla? Dan ini secara tidak langsung menimbulkan prasangka buruk terhadap urusan yang boleh dikatakan PALING MENURUT PROSEDUR DAN SYARAK.

Jangan dikejar wang ringgit yang tidak seberapa. Sedangkan kami TIDAK PERNAH memburuk-burukkan khidmat ejen2 lain.  Adakah mereka cemburu dengan tahap professionalisme kami? Cemburukan tahap kepuasan pelanggan kami?

Di Sini, kami ingin sekali lagi menegaskan bahawa SEGALA URUSAN PERNIKAHAN OLEH PESONA CONSULT ADALAH MENURUT SYARAK DAN MENEPATI PROSEDUR 100%.   Kami juga menjamin anda tidak akan menghadapi masalah mendaftarkan pernikahan di Malaysia kelak, Insyaallah!

Layari http://www.pesonaconsult.com hari ini dan dapatkan pakej istimewa dari kami.

Ala.. Tak Payah masuk Siam pun boleh..

posted Sep 19, 2011, 8:57 PM by Nikah Siam   [ updated Jan 17, 2012, 8:17 PM ]

"Ala.. Tak Payah masuk Siam pun boleh.."

Itu antara respon yang saya terima.  Ada yang kata boleh nikah di KL je ataupun Kadhi tu masuk ke Malaysia.  Subahanallah..mereka ini tertipu dek kejahilan tentang hukum agama.  

Pertamanya

KADHI yang menjadi Wali Hakim mestilah ditauliahkan untuk menjadi wali hakim.  Di Malaysia, kadhi jabatan agama tidak boleh menjadi wali hakim kecuali setelah mendapat kebenaran mahkamah syariah ataupun melalui prosedur permohonan yang lengkap.  Di Thailand pula, mereka ditauliahkan menjadi wali hakim dan hendaklah menikahkan pasangan menurut syarak dan peraturan,

Keduanya

Wali hakim itu hendaklah menikahkan pasangan DI DALAM kawasan/wilayah beliau di tauliahkan.  Maka jika kadhi Siam masuk ke Malaysia itu sudah tidak SAH untuk menjadi wali hakim!


Hanya wali nasab (bapa, abang, dan seterusnya) yang boleh menikahkan wanita tersebut dimana-mana sahaja di muka bumi ini.


Saya telah berjumpa dengan ramai pasangan yang tertipu dan perlu bernikah semula.  Lebih menyedihkan ada yang sudah hamil dan ada juga yang sudah beranak. 

Oleh itu JANGAN TERPEDAYA DENGAN SINDIKET PERNIKAHAN PALSU!


layari Laman Web kami untuk pakej pernikahan di Selatan Thailand yang SAH dan menurut prosedur!

HUKUM ALLAH MESTI DIUTAMAKAN!

posted Sep 7, 2011, 10:38 AM by Nikah Siam   [ updated Sep 7, 2011, 10:45 AM ]

Benar kiranya kahwin lari ke Siam ini tidak mengikut adat resam orang Melayu.  Persoalannya apakah adat ciptaan manusia ini lebih agung dari perintah ALLAHyang menyuruh kita menjauhi Zina? 

Ramai yang tidak arif tentang hukum agama mempunyai persepsi negatif tentang Nikah Siam ini.  Apa pun, pernikahan yang dilakukan sepenuhnya menurut syarak adalah SAH disisi agama.  Bahkan, pernikahan di Siam yang mengikut prosedur DIIKTIRAF di MALAYSIA dan membolehkan pasangan bernikah itu mendaftarkan pernikahan di Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada pasangan yang telah memilih untuk bernikah secara sah di mana sahaja anda menjalaninya.  Bagi mereka yang masih mencipta alasan dan berfoya-foya, ingatlah bahawa setiap tidak tanduk kita akan diadili oleh ALLAH yang MAHA KUASA di akhirat kelak.

Wallahualam.

Insuran banyak-banyak, bahaya ke?

posted Aug 22, 2011, 12:39 PM by Nikah Siam

Seperti yang anda sedia maklum, kami baru sahaja "upgrade" insuran perjalanan dari RM100,000.00 kepada RM300,000.00 tanpa sebarang kos tambahan.  Mengapa insuran sebegini banyak? Adakah perjalanan itu merbahaya?

Untuk makluman, sejak kami beroperasi, BELUM PERNAH ADA INSIDEN yang serius lagi, Alhamdulillah.

Namun begitu, malang tidak pernah berbau.  Apa sahaja mungkin boleh berlaku walaupun segala-gala persiapan dan langkah berjaga-jaga telah diambil.  Oleh yang demikian insuran ini hanyalah sebagai satu usaha dari pihak kita sendiri agar diri kita mahupun keluarga tidak menanggung beban yang berat sekiranya terjadi apa-apa.

Segala urusan dan perjalanan adalah selamat, Insyaallah!


Selamat Hari Raya Sayang

posted Aug 20, 2011, 1:21 PM by Nikah Siam

Syawal tahun ini, bertambah ramai yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai suami-isteri.  Walaupun terpaksa menempuh realiti kehidupan yang jauh berbeza dari gambaran "buku teks", akan tetapi mereka tetap cekal menempuhi hari-hari yang mendatang.

Tahniah kepada pasangan yang memilih jalan yang diredhai ALLAH dan meletakkan tuntutan agama melebihi segala-galanya.  Hanya ALLAH sahaja yang akan memberikan ganjaran kepada mereka di dunia hingga akhirat kelak.

Sesungguhnya zina adalah perkara yang keji.  Carilah redha ALLAH biarpun ditomah masyarakat.  Kerana hanya ALLAH yang boleh mengurniakan kebahagiaan dunia & akhirat.


1-7 of 7