AGAMA‎ > ‎

Sah atau Tidak?

Banyak persoalan timbul sama ada pernikahan di Selatan Thailand ini sah atau pun tidak.  Berikut adalah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah dikeluarkan di Malaysia:


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah

2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah

3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.

4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.



Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kahwin-lari-di-selatan-thailand-0

 

“Pernikahan di Selatan Thailand yang memenuhi rukun nikah dan syarat-syarat sah bernikah bagi lelaki dan wanita serta dilaksanakan oleh Kadhi yang bertauliah dan diijabkabulkan di dalam kawasan kadhi itu ditauliahkan adalah SAH!”

Comments