AGAMA‎ > ‎

Rukun Nikah



Sesebuah pernikahan adalah sah jika memenuhi rukun nikah. Tanpa salah satu rukun yang mencukupi, maka pernikahan itu tidak sah.

Berikut adalah Rukun Nikah:


1. Lelaki 


a. Mestilah lelaki (bukan khunsa)
b. Islam
c. Baligh
d. Berakal
e. Tidak dipaksa berkahwin
f.  Bukan dalam ihram (sedang haji/umrah)
g. Tidak beristeri empat sewaktu bernikah
h. Lelaki tertentu (bermakna identiti lelaki yang diijabkan itu hendaklah jelas, yakni wali & saksi mengetahui siapa yang bernikah itu)

2. Wanita

a. Mestilah wanita (bukan khunsa atau pondan)
b. Islam
c. Bukan dalam ihram (sedang haji/umrah)
d. Tidak bersuami
e. Bukan dalam edah
f.  Wanita tertentu (bermakna identiti wanita yang diijabkan itu hendaklah jelas, yakni wali & saksi mengetahui siapa yang bernikah itu)

3. Wali

a. Lelaki
b. Islam
c. Berakal
d. Baligh
e. Merdeka (bukan hamba)
f. Tidak dipaksa
g. Adil dan Tidak fasiq
h. Bukan dalam ihram (sedang haji/umrah)

*khusus dalam kes pernikahan di Selatan Thailand ini WALI AM/WALI RAJA MESTILAH DILANTIK DAN DITAULIAHKAN OLEH PEMERINTAH (Pihak Berkuasa Thailand) dan DIBERI KUASA UNTUK MENJADI WALI AM/RAJA BAGI PERNIKAHAN DI DALAM WILAYAH YANG BELIAU DITAULIAHKAN.

4. Saksi

a. Lelaki sekurang-kurangnya DUA ORANG
b. Islam
c. Berakal
d. Baligh
e. Merdeka (bukan hamba)
f. Tidak dipaksa
g. Adil dan Tidak fasiq
h. Bukan dalam ihram (sedang haji/umrah)
i. Boleh melihat dan mendengar dengan baik, memahami ijab dan kabul, memahami pernikahan itu dan bahasa yang digunakan.
j. Tidak jatuh keatasnya untuk menjadi wali bagi pernikahan tersebut.



5. Ijab & Kabul

a. Mestilah jelas dan difahami
b. Mengandungi “butir-butir pernikahan” yang LENGKAP
c. Tidak mengandungi perkara-perkara yang boleh menimbulkan atau membawa maksud selain dari pernikahan itu
d. Dilafazkan oleh Wali atau wakilnya
e. Dilafazkan oleh pengantin lelaki atau wakilnya
f. Tidak diselangi perbuatan lain atau terhenti yang terlalu lama diantara ijab dan kabul.
g. Ijab dan kabul mestilah membawa maksud khusus untuk pernikahan itu dan bersamaan maksudnya.
h. Tiada tempoh had (bukan kahwin kontrak)
i. Contoh ijab dan kabul:



Lafaz kadhi:

“ Abu bin Budin, aku nikahkan engkau dengan Siti binti Saat, dengan berwalikan (wali yang berkaitan akan disebut), dengan maharnya (mas kahwin) sebanyak (disebutkan maharnya)”

Lalu dijawab terus (pengantin lelaki):

“Aku terima nikah(nya) Siti binti Saat dengan maharnya(mas kahwin) sebanyak (disebutkan maharnya)”


*Ijab & Kabul di atas jelas menerangkan Abu bin Budin dinikahkan dengan Siti binti Saat dengan mahar yang disebutkan serta dijelaskan siapa walinya. Abu bin Budin menerima nikah tersebut dengan jelas berserta maharnya.


Comments