SOALAN LAZIM




Adakah pernikahan di Selatan Thailand sah?

Setiap pernikahan yang memenuhi hukum syarak, tidak kira di mana sahaja ia berlaku, akan menjadi sah.  Penikahan di selatan Thailand adalah sah asalkan SEMUA HUKUM SYARAK DIPATUHI.  Oleh yang demikian, Pesona Consult akan membantu anda dengan satu kajiselidik asas untuk memastikan bahawa pernikahan tersebut memenuhi tuntutan Syarak.  Sila rujuk fatwa di sini.


Seorang kenalan bernikah di Selatan Thailand dan didapati bahawa penikahan beliau tidak sah dan tidak boleh didaftarkan di Malaysia.  Bagaimana perkara begini boleh berlaku?

Sebab utama pernikahan tersebut tidak diakui sah adalah kerana ia tidak memenuhi hukum Syarak.  Kita perlu ingat bahawa Jabatan Agama di Islam Malaysia dan Thailand membuat keputusan berdasarkan hukum syarak dan menjadikan hukum syarak sebagai tunjang bagi peraturan-peraturan yang mereka gariskan.  Pesona Consult akan memastikan anda memenuhi tuntutan Syarak sebelum sesuatu pernikahan itu dijalankan.  Sila rujuk syarat sah nikah/rukun nikah di laman web kami.  Kami menyarankan anda supaya menjauhi sebarang SINDIKET pernikahan palsu dan menggunakan khidmat Pesona Consult agar segala urusan terjamin SAH.


Pernahkah mana-mana pasangan yang menggunakan khidmat Pesona Consult gagal mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia?

Asas perkhidmatan kami adalah ketelusan dan keikhlasan serta khidmat professional.  Semua pasangan yang kami telah bantu dan TELAH BERLAKU JUJUR kepada kami, tidak menghadapi sebarang kesulitan mendaftarkan pernikahan mereka. 


Apa yang kami perlu lakukan agar pernikahan kami di Selatan Thailand itu sah disisi Agama Islam?

Pertamanya anda perlu memahami segala hukum syarak berkaitan pernikahan.  Pesona Consult bersedia membantu anda memahami hukum-hukum tersebeut SEBELUM anda menjalani pernikahan.  Anda juga boleh mendapatkan nasihat dari mana-mana pihak yang berpengetahuan agama yang boleh dipercayai untuk mendapatkan penjelasan yang lengkap.  Pada asasnya anda MESTI MEMENUHI SEGALA HUKUM SYARAK sebelum anda bernikah.


Apa yang perlu kami lakukan setelah kembali ke Malaysia?

Secara amnya anda mempunyai masa 6 bulan dari tarikh anda kembali ke Malaysia untuk mendaftarkan pernikahan anda dengan Jabatan Agama Islam di negeri anda bermastautin.  Pihak Jabatan Agama Islam akan meneliti serta mengesahkan status pernikahan anda sebelum mereka mengambil langkah-langkah seterusnya.


Kami ingin bernikah di selatan Thailand. Apakah langkah seterusnya?

Hubungi Pesona Consult melalui alamat email info@pesonaconsult.com .  Kami akan menghubungi anda kembali secepat mungkin. Biasanya dalam tempoh kurang 24 jam.  Setelah itu kami akan meneliti situasi anda dan memastikan anda layak bernikah berdasarkan hukum syarak telebih dahulu.  Setelah itu kami akan memberi tahu anda langkah-langkah seterusnya melalui email.  KAMI TIDAK BERHAK & TIDAK PERNAH & TIDAK AKAN MENGKRITIK TENTANG KEHIDUPAN PASANGAN YANG INGIN BERNIKAH. FOKUS KAMI HANYALAH MEMBANTU PASANGAN SEHINGGA DAPAT BERNIKAH DENGAN SAH!

 

Mengapa Pesona Consult perlu memastikan kami layak bernikah berdasarkan hukum syarak telebih dahulu?

Tujuan utama bernikah adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah, seterusnya memelihara diri dari maksiat.  Tiada gunanya mendapat sijil nikah jika pernikahan itu tidak sah.  Pesona Consult juga tidak akan bersubahat menipu status pasangan kerana itu hanya akan mengundang kemurkaan Allah SWT.  Kami ingin membantu anda mendapat taraf pernikahan yang diterima disisi Allah SWT.


Perlukah kami mendapat sebarang kebenaran dari Jabatan Agama Islam di Malaysia?

Jabatan Agama Islam di Malaysia telah menggariskan bahawa setiap pasangan yang ingin bernikah untuk mendapatkan surat kebenaran bernikah terutamanya diluar kawasan.  Jika anda bernikah tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam, pernikahan itu TETAP SAH disisi Syarak dan BOLEH didaftarkan di Malaysia. Walaubagaimanapun anda berhadapan dengan kebarangkalian didenda di Mahkamah Syriah jika bernikah tanpa kebenaran.

Kalau begitu bolehkah bernikah tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam?

Boleh.  Akan tetapi seperti yang diterangkan di atas, anda boleh di denda kerana bernikah di luar kawasan tanpa kebenaran.  Ini sama sekali tidak menjejaskan status pernikahan yang sah.

Bagaimana pula dengan poligami?

Anda perlu mendapatkan kebenaran mahkamah untuk berpoligami.  Jika tidak anda boleh didenda kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah syariah.  Ini sama sekali tidak menjejaskan status pernikahan yang sah.


Hari apa yang Pesona Consult boleh menguruskan pernikahan kami?

Kami menyarankan anda yang hendak bernikah supaya memilih mana-mana hari dari Isnin ke Khamis untuk memudahkan urusan anda serta menjimatkan belanja.  Ini adalah kerana keseluruhan proses untuk mendapatkan dokumentasi yang lengkap perlu mengambil masa dua hari bekerja.  Jika anda bernikah pada hari Jumaat atau Ahad, anda akan perlu bermalam di Thailand selama dua malam serta anda perlu membayar lebih.  Ini disebabkan pejabat Konsulat Jeneral malaysia bercuti pada hari Sabtu dabn Ahad.  Kami juga tidak beroperasi pada hari cuti am di Thailand.


Di mana dan siapa akan menikahkan kami?

Anda akan dibawa ke Pejabat Agama Islam di Songkhla dan dinikahkan oleh Kadhi Syarie atau Timbalan Kadhi Syarie yang DIBERI KUASA OLEH PIHAK BERKUASA THAILAND untuk menikahkan pasangan Islam, secara wali hakim.

Selepas pernikahan itu?

Kami akan menguruskan (pada hari yang sama) SIJIL NIKAH yang SAH dari Majlis Agama Islam serta semua dokumentasi yang lengkap untuk didaftarkan di Konsul Jeneral Malaysia di sana.  Urusan pengesahan oleh Konsul Malaysia mengambil masa 24 jam.  Ini adalah kerana mereka perlu mematuhi prosedur yang lengkap sebelum mengeluarkan surat pengesahan.  Surat pengesahan rasmi dari Konsulat Jeneral Malaysia boleh diambil pada keesokkan harinya.

Saya tidak mahu daftar dahulu, boleh ke?

BOLEH. Pendaftaran di Konsulat diperlukan untuk anda mendaftarkan pernikahan anda di Malaysia nanti.  Nasihat kami, adalah baik untuk anda mendaftar di Konsulat Songkhla dahulu supaya tidak lagi perlu kembali ke Thailand untuk urusan tersebut.  Kemudian, hanya apabila anda telah bersedia, barulah anda daftarkan di Jabatan Agama Islam negeri anda pula.  Sebaik-baiknya dalam tempoh 6 bulan selepas kembali ke Malaysia.  Selagi anda tidak mendaftar di Malaysia, Jabatan Agama Islam (Malaysia) tidak ada rekod pernikahan anda.

Apa lagi yang kami perlukan untuk pendaftaran di Malaysia?

Setelah mendapat surat pengesahan dari Konsul Jeneral Malaysia, anda perlu menyertakan kesemua dokumen berkenaan untuk urusan pendaftaran di Malaysia.  Anda juga perlu menunjukkan sebarang gambar serta rakaman video sebagai bukti pernikahan anda. Pesona Consult menyediakan video dan gambar-gambar berkenaan dalam bentul CD.


Apa perbezaan Pesona Consult dan khidmat orang lain?

Terdapat beberapa pihak lain yang juga menawarkan perkhidmatan pengurusan pernikahan di Selatan Thailand. Mana-mana pihak yang menggunakan saluran yang betul, termasuk Pesona Consult akan membantu pasangan itu bernikah secara sah.  Kami berbeza dari cara pengurusan kami yang professional, komprehensif dan berpengalaman.  Kami komited dalam memberikan perkhidmatan yang telus dan terbaik.


Bagaimana cara untuk kami mendapatkan khidmat Pesona Consult?

Anda hanya perlu email kepada kami di info@pesonaconsult.com dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin melalui email atau telefon anda (jika anda sertakan nombor telefon).


Bagaimana pula cara bayaran?

Kami menerima bayaran secara tunai , paypal ataupun secara kad kredit.  Butiran pembayaran akan diberikan setelah anda memuktamadkan keputusan untuk menggunakan perkhidmatan kami.


Kad kredit saya tidak mempunyai baki yang cukup.  Bagaimana hendak membuat bayaran?

Anda boleh membayar sebahagian tunai dan sebahagian kad kredit.  Anda juga boleh memecahkan bayaran anda antara beberapa kad kredit yang anda miliki.


Adakah sebarang caj tambahan melalui kad kredit/Paypal?

Ya. Untuk penggunaan kad kredit, caj tambahan maksima cuma 3.5% sahaja dari jumlah yang anda perlu bayar.  Untuk pembayaran melalui Paypal pula, tiada caj tambahan.


Adakah kami perlu membayar deposit?

TIDAK WAJIB TETAPI ADALAH DIGALAKKAN untuk menjamin urusan yang serba lengkap dan memuaskan. Anda dinasihati membayar 10% deposit tidak kurang 3 hari bekerja dari tarikh anda ingin bernikah di sana.  Kami akan menggunakan wang ini untuk menempah bilik hotel, pengangkutan dan juga bayaran premium untuk insuran perjalanan anda.  Kami juga akan "block" tarikh itu untuk anda.  Jika anda tidak membayar deposit, kami khuatir anda tidak mendapat perkhidmatan yang sepenuhnya sebagai contoh tarikh yang "full house" (kapasiti kami telah penuh).  Tanpa deposit, ada juga kebarangkalian bahawa Insuran perjalanan anda tidak dapat disediakan disebabkan oleh faktor masa.  Justeru itu, kami mohon kerjasama anda demi untuk kepuasan hati anda.




Jika anda mempunyai sebarang soalan lain termasuk yang berbentuk peribadi, sila email ke info@pesonaconsult.com  . Kami sedia membantu anda, Insyaallah.






Comments